Navigation


RSS : Articles / Comments


Al-alwan

11:02 AM, Posted by irwan, No Comment

Nama Bulan Dalam Arab

10:57 AM, Posted by irwan, No Comment

Ihfadzhuu...

10:46 AM, Posted by irwan, No Comment

Earth Hour: TNB catat kerugian 550 mw

10:03 AM, Posted by irwan, No Comment

KUALA LUMPUR — Tenaga Nasional Bhd. (TNB) semalam berkata ia menerima kenyataan bahawa kempen ‘Earth Hour’ bertujuan baik walaupun penggunaan tenaga elektrik jatuh sebanyak 550 megawatt (mw), bersamaan dengan 14 juta mentol kalimantang yang berkuasa 40watt setiap satu.
“Sementara penurunan kecil dalam permintaan akan menyebabkan sedikit kekurangan dalam hasil, kami menerima kenyataan bahawa kempen itu mempunyai tujuan yang baik,” kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Seri Che Khalib Mohamad Noh dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Katanya semasa tempoh sejam inisiatif pemeliharaan tenaga (8.30 malam-9.30 malam) Sabtu lepas, kakitangan TNB sentiasa berwaspada terhadap sebarang masalah operasi

Kelonggaran Syarat Bukan Cara Tambah Guru Lelaki-Berita Harian

9:36 AM, Posted by irwan, No Comment

ISU jantina dalam profesion perguruan sebenarnya adalah fenomena global. Dominasi wanita dalam bidang perguruan bukan saja berlaku di Malaysia tetapi di seluruh dunia, terutama di negara maju seperti Britain, Australia dan Amerika Syarikat.
Laporan Pendidikan Antarabangsa 2000 yang diterbitkan Pertubuhan Pendidikan Sains dan Kebudayaan Bangsa-bangsa Bersatu (Unesco) menunjukkan bahawa peratus pelajar wanita dalam bidang pendidikan lebih tinggi di negara Eropah, Amerika dan Asia.Di Eropah dan Amerika, jumlah guru wanita menguasai antara 52 hingga 83 peratus manakala di Asia pula sehingga 80 peratus.Baru-baru ini Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Loke Yim Peng mendedahkan di sekolah rendah di seluruh negara, ada hanya 56,327 guru lelaki berbanding seramai 109,031 guru wanita dan di sekolah menengah pula, terdapat 45,923 guru lelaki manakala jumlah guru wanita ialah 78,485 orang.Kekurangan guru lelaki ini dikatakan boleh menimbulkan masalah kepada sekolah apabila ada kegiatan luar, kerja berat, ramai guru cuti bersalin dan bagi menangani masalah disiplin. Guru wanita yang telah berkeluarga pula dikatakan tertekan apabila diminta mengadakan kegiatan kokurikulum seperti perkhemahan di luar sekolah, kegiatan lasak dan sukan yang lebih sesuai dilakukan oleh guru lelaki.Berikutan itu, Presiden NUTP, Ismail Nihat meminta Kementerian Pelajaran melonggarkan syarat kelayakan akademik sebagai langkah drastik untuk membolehkan lebih ramai lelaki memasuki maktab perguruan di seluruh negara memandangkan syarat kelayakan sekarang menyukarkan ramai lelaki yang berminat, menyertai profesion perguruan. Katanya, kebanyakan pemohon lelaki hanya memiliki kelayakan minimum atau kurang, sekali gus menyukarkan mereka bersaing dengan pemohon wanita yang lebih cemerlang dalam akademik.Dengan menghujahkan ‘syarat kelayakan sekarang menyukarkan ramai lelaki yang berminat menyertai profesion perguruan’, menimbulkan persoalan: Adakah ini bererti calon lelaki yang berminat selama ini tidak tahu (atau tidak ambil tahu?) mengenai kelayakan yang ditetapkan? Jika ini puncanya, penyelesaiannya mudah. Kita patut giatkan program pendidikan kerjaya supaya mereka yang berminat dengan profesion perguruan berusaha, walau apa cara sekalipun, mempersiapkan diri dengan kelayakan akademik yang sepatutnya atau lebih tinggi. Bagi kursus apa pun, keputusan akademik yang cukup makan (minimum) tidak menjamin mereka dipilih. Apatah lagi jika keputusan bawah paras minimum.Atau adakah sebenarnya mereka memang lemah dari segi akademik? Melihat senario semasa, guru pelatih dan pelajar wanita menguasai tempat di maktab perguruan dan universiti, terutama universiti awam, mungkinkah hipotesis itu ada kebenarannya? Apakah tidak ada langsung pelajar lelaki yang cemerlang? Jika ada, ke mana mereka? Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Razali Ismail, berkata berdasarkan pengalamannya ketika berkhidmat sebagai Pengarah Pendidikan Guru, memang ramai lelaki yang memohon memasuki maktab perguruan tetapi majoriti cenderung memilih opsyen dalam bidang teknikal dan vokasional berbanding opsyen lain.Mereka akan keluar sebagai guru mata pelajaran teknik dan vokasional. Memandangkan bilangan sekolah yang menawarkan subjek sedemikian terhad, adakah ini turut menyumbang kepada kurangnya bilangan guru lelaki dalam profesion perguruan?Tidak lama dulu wujud keadaan ‘ke mana tumpahnya kuah, kalau tidak ke nasi’. Jika ibu bapa menjadi guru, anak pun akan menjadi guru. Ini pernah berlaku dalam masyarakat kita.Tetapi keadaan sudah berubah sekarang kerana anak guru sendiri pun tidak mahu menjadi guru. Hal ini menjadi begitu ketara apabila budaya korporat mula meluas pada abad ke-21 ini. Apakah puncanya? Berapa ramai pula anak keluarga korporat yang akan menjadi guru?Kajian di Amerika Syarikat menunjukkan majoriti yang menjadi guru berasal daripada keluarga kelas bawahan (kelas menengah bawah dan kelas pekerja).Kajian di negara ini juga menunjukkan orang yang menjadi guru adalah daripada golongan bawahan iaitu keluarga berpendapatan rendah seperti petani, buruh dan perkeranian, kerana bagi anak golongan ini, guru adalah golongan profesional pertama yang ditemui dalam hidup mereka.Oleh itu, jarang sekali kita melihat anak golongan profesional seperti doktor, peguam, ahli perniagaan, ahli korporat dan pemimpin besar menjadi guru.Walau apa pun alasannya, isu kekurangan calon dan guru lelaki sudah tentu memerlukan kajian mendalam. Walau apa pun penemuannya, melonggarkan syarat kelayakan akademik atas alasan untuk menambah bilangan guru lelaki sama sekali tidak mencerminkan kebijaksanaan.Malah seperti kata Presiden Kesatuan Guru-Guru Melayu Malaysia Barat, Prof Madya Dr Abdul Rahman Daud, langkah itu hanya meletakkan guru lelaki sebagai guru kelas kedua pada mata masyarakat. Sehubungan itu, beliau mencadangkan Kementerian Pelajaran mengkaji semula skim perkhidmatan, perjawatan, kemudahan, ganjaran serta peluang kenaikan pangkat bagi menarik lelaki menyertai profesion perguruan. Ketika ini guru sudah pun menikmati beberapa insentif seperti elaun perumahan dan perkhidmatan awam serta kemudahan pinjaman kereta seperti kakitangan awam lain.Malah, ketika ini juga ada kemudahan khusus untuk mereka seperti kuarters institusi pendidikan, laptop percuma, elaun pengajaran Bahasa Inggeris serta Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris. Apakah dengan penambahan lebih banyak insentif akan berupaya menarik lebih ramai pelajar cemerlang menyertai profesion perguruan? Tambahan pula kita sudah memasuki abad 21 yang penuh dengan cabaran. Kita mempunyai matlamat untuk menjadi negara maju berasaskan industri mengikut acuan kita sendiri.Kita sebenarnya sudah memasuki gelanggang baru dan kita akan menghadapi saingan lebih sengit. Oleh itu kita mesti mempunyai fikiran dan jiwa yang lebih besar. Projek kereta nasional adalah lambang perisytiharan dan simbol transformasi kita mahu mengubah peranan kita daripada menjadi pengguna kepada penyumbang, pengeluar dan pereka. Kita sudah pun membuktikan kemampuan kita mengeksport kereta nasional luar negara. Anak watan sudah ke luar negara untuk bertugas sebagai penasihat dan perunding, melabur dan memberi bantuan teknikal untuk menjayakan rancangan pembangunan negara lain. Ini membuktikan kita sekarang adalah somebody, bukan lagi nobody. Negara kita sudah tiba di perairan yang dituju, cuma belum sampai ke pangkalannya. Untuk mencapai matlamat itu kita perlukan mengekalkan daya saing kita. Satu daripada elemen daya saing itu ialah segala usaha seharusnya baru, segar dan menarik. Jepun mengukuhkan daya saingnya dalam bidang automobil misalnya dengan saban tahun mengemukakan model paling baru, tangkas dan menawan. Amerika Syarikat sendiri tidak bergerak secepat Jepun dan akhirnya mereka terpaksa menggunakan taktik lain untuk menyekat ancaman Jepun.Gejala yang mencetus dan meningkatkan daya saing ialah inovasi dan daya cipta. Jepun menggalakkan perkembangan gejala ini di kalangan rakyatnya, terutama di kalangan pelajarnya. Sumber daya saing itu adalah pada sistem pendidikan kerana inilah yang membentuk dan membina manusia. Sama ada manusia yang dihasilkan memanifestasikan inovasi, daya cipta atau daya reka yang tinggi, bergantung kepada sistem penyampaian kita. Apakah kita sudah bersedia dan mampu mengeluarkan manusia seperti itu?Di sinilah cabaran kepada sistem pendidikan kita. Di sinilah cabaran kepada guru kita. Oleh itu, perhatian memang perlu diberikan kepada pengambilan calon yang berkualiti kerana hanya guru berkualiti akan melahirkan generasi yang berkualiti.Pelajar terbaik sepatutnya diambil untuk dijadikan guru yang berkaliber berserta ganjaran yang terbaik. Kita tidak boleh lagi menjadikan guru sebagai lilin yang membakar diri sendiri untuk memberi cahaya kepada masyarakat.Paradigma harus bertukar. Guru sepatutnya menjadi cahaya yang menerangi diri sendiri serta masyarakat. Oleh itu, cadangan Dr Abdul Rahman itu mungkin ada kebenarannya, walaupun kemuliaan sesuatu profesion itu tidak boleh diukur dengan kebendaan! Sebagaimana kata Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi: “Kejayaan anak muda kita banyak bergantung kepada kualiti guru mereka. Untuk itu, kita perlu berusaha secara serius dan merancangkan bersama bagi meningkatkan sistem pendidikan dengan melipat ganda motivasi serta memperbaiki kedudukan bidang perguruan.”